Sepupu Anwar Ibrahim Khairuddin_Abu_Hassan

Khairuddin merupakan anak saudara Sulaiman Palestin, seorang pemimpin UMNO yang pernah bertanding jawatan Presiden UMNO menentang Tun Hussein Onn. Khairuddin juga adalah sepupu kepada Anwar Ibrahim. Sulaiman Palestin dikatakan pernah menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia.[perlu rujukan] Nama Sulaiman Palestin melonjak selepas membangkitkan isu Freemason dalam UMNO.

Dalam Kes liwat Anwar Ibrahim I, nama Khairuddin Abu Hassan muncul beberapa kali, turun naik mahkamah bersama Umi Hafilda Ali dan Khalid Jafri.[1] Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah juga anak saudara Sulaiman Palestin. Khairuddin adalah penerbit buku kontroversi, '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM'.